Salam ukhuwah Islamiyyah dan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam.Semoga Ramadhan kali ini membawa satu perubahan kepada diri kita.Perubahan kearah kebaikan bukanlah satu hipokrit seperti yang dikatakan oleh sesetengah org jahil,tetapi ia adalah satu perjuangan kita untuk mendapat redha Ilahi.
Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dan ilmu serba sedikit berkenaan kes Kartika Sari Dewi Shukarno.Apabila disebut nama Kartika semestinya semua orang yang ‘katak diluar tempurung’
tahu menegenai kes beliau.Walaubagaimanapun,saya akan membicarakan dahulu latar belakang kes beliau sebagai muqadimah ‘post’ saya pada kali ini.
Kartika Sari Dewi Shukarno telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 11/7/2008 kerana telah meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating,Pahang.Atas kesalahan beliau tersebut,Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5000 dan 6 kali sebatan mengukut Seksyen 136,Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.Alhamdulillah,Kartika menyedari kemungkaran yang telah dilakukannya.Beliau akhirnya insaf dan redha dengan hukuman yang bakal dijatuhkan keatasnya dan tegar menghormati tindakan JAIP yang mahu menyebatnya dan serius dalam menegakkan syariat Islam.
Walaubagaimanapun hukuman keatas beliau yang sepatutnya dijalankan dalam masa terdekat telah ditangguhkan atas alasan menghormati bulan Ramadhan.Berikut adalah sedikit sebanyak pengenalan mengenai kes Kartika yang hangat dibicarakan ketika ini.
Hukuman keatas beliau dan juga kejadian penangguhan hukuman tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dan negatif dalam kalangan masyarakat dalam dan luar negara. Antara reaksi yang diberikan:
Dato' Seri Najib Tun Razak:
-"Sepatutnya Kartika tidak terlalu cepat untuk redha dihukum."


Orang ramai:
-"Hukuman yang dijatuhkan keatas Kartika adalah keterlaluan dan tidak sesuai diamalkan di negara ini."
Pelbagai reaksi dan komen dikeluarkan oleh orang ramai dan para pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abd Razak mengenai hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan keatas Kartika berikutan kesalahannya meminum arak.Walaupun masyarakat melemparkan pelbagai reaksi negatif membangkang hukuman tersebut, tetapi hukuman tersebut sebenarnya adalah setimpal dan wajar dikenakan keatas Kartika mengikut hukum syara’ atas kemungkaran yang telah beliau lakukan.
Pengharaman arak dalam Islam adalah kerana arak merupakan pintu kepada segala kejahatan.Apabila meminum arak,seseorang itu akan mabuk dan tidak sedar akan dunia sekelilingnya seterusnya boleh menyebabkan berlakunya zina,pembunuhan,pergaduhan,dan banyak lagi perkara buruk yang akan berlaku berpunca daripada arak.Justeru, Allah telah memeintahkan agar arak diharamkan melalui ayat 90-91 surah Al-Maidah.Manakala hukuman yang sepatutnya dikenakan keatas peminum arak ialah sebanyak 40 kali sebatan berdasarkan sebuah hadis yang berbunyi:”Daripada Anas bin Malik berkata : Bahawa seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Rasulullah. Baginda kemudiannya telah memukul lelaki tersebut dengan dua pelepah tamar sebanyak sebanyak 40 kali”.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Jika dilihat dari sudut bilangan sebatan yang dikenakan oleh Rasulullah, sememangnya ia banyak tetapi lihatlah pula apakah alatan/bahan yang digunakan dan juga cara pelaksanaan sebat tersebut yang diaplikasikan oleh Rasulullah.
Jadi,reaksi negatif yang ditunjukkan oleh orang ramai dan juga pemimpin negara tidak lain tidak bukan disebabkan mereka tidak arif mengenai hukum hakam yang telah disyariatkan Allah atau dalam erti kata lain,jahil dalam hukum Islam.Mengapa saya berkata demikian?
Ini kerana kenyataan mereka bahawa hukuman dalam Islam ( contohnya,hukuman yang dijatuhkan keatas Kartika) sebagai satu hukuman yang zalim, kejam, perlu dikaji semula dan perlu dipinda merupakan kenyataan tidak berasas dan melambangkan diri mereka yang dahagakan ilmu mengenai hukum hakam Islam.Hukuman sebat mengikut syariat Islam yang dilaksanakan keatas Kartika tidaklah sekejam seperti yang diwar-warkan oleh mereka tidak tahu mengenai hukum Islam dan hanya pandai bercakap mengikut hawa nafsu.
Jika dibuat perbandingan hukuman sebat Syariah dengan hukuman sebat Sivil,wujud satu jurang perbezaan yang besar.
Sebagai contoh,mengikut prosedur hukuman sebat Mahkamah Sivil yang kita aplikasikan sekarang,pesalah perlu dibogelkan tanpa seurat benang manakala tukang sebat akan mengangkat tangan setinggi-tingginya ketika ingin melepaskan sebatan.Prosedur ini sering kita saksikan melalui demonstrasi yang dilakukan pihak penjara.Dan kesannya kepada pesalah pula sungguh dahsyat,kulit punggung mereka akan hancur tatkala menerima penangan ‘sebatan hukuman sivil’.Impak sebatan cara ini keatas pesalah juga kerap ditunjukkan ketika demonstrasi-demonstrasi jabatan penjara yang mana impak tersebut sememangnya cukup dahsyat.
Walaubagaimanapun,hukuman sebat mengikut syariat Islam pula tidaklah sedahsyat dan sekejam itu. Mengikut hukum yang disyariatkan Islam,tukang sebat yang menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat tangan melebihi paras ketiak manakala pesalah pula wajib lengkap berpakaian menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan demi menjaga keaiban,maruah dan kehormatan pesalah.
Sudah terang lagi bersuluh disini bahawa hukuman dalam Islam tidak kejam,tetapi hukuman yang negara ini guna pakai sekarang lebih kejam.Jadi, mereka yang mengatakan hukum Islam ini kejam,keterlaluan dan perlu dikaji semula ialah mereka yang jahil dan buta. Mungkin mereka tidak buta mata,tetapi buta hati untuk menilai sesuatu perkara.Impak keatas pesalah apabila dikenakan hukuman sebat mengikut syariat Islam adalah kecil.
Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria, didalam akhbar Utusan Malaysia (26/8/2009), berkata bahawa,hukuman keatas Kartika memanglah sebanyak enam kali,tetapi tidak akan calar sedikit pun Cuma akan berbekas merah,itupun jika pesalah terbabit berkulit putih.Beliau juga menegaskan mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu Kartika ini.
Berita penangguhan hukuman sebat keatas Kartika sememangnya mengecewakan banyak pihak yang arif mengenai hukum Islam.Jika penangguhan ini dibuat atas dasar menghormati bulan Ramadhan tidak mengapa.Tetapi,keputusan penangguhan ini juga dibuat atas desakan pihak tertentu yang jahil mengenai syariah dengan menganggap hukuman ini keterlaluan dan perlu dikaji terlebih dahulu.Mereka juga lebih takutkan orang-orang kafir yang akan melabelkan Malaysia sebagai pengamal undang-undang Islam yang kejam berbanding perasaan takut dan gentar kepada Allah yang bakal mengazab mereka di akhirat kelak jika enggan melaksanakan perintah Allah.
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang mendedahkan didalam akhbar Utusan Malaysia bahawa hukuman sebatan gagal dilaksanakan keatas Kartika ekoran halangan yang dikenakan oleh Penjara Kajang dan beliau juga mendakwa pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat melaksanakan hukuman kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu yang sudah semestinya gusar apabila hukum Islam ingin dilaksanakan di negara ini.
Walaubagaimanapun,kita terpaksa menerima hakikat yang mana inilah masalah yang melanda apabila orang ramai terutama pihak yang berkuasa cetek pengetahuan mengenai syariat Islam.Ramai orang Islam meragui keadilan agama sendiri dan bimbang syariat hukum Islam dilaksanakan di negara ini. Anggapan ini masih menebal dalam diri umat Islam akibat warisan pemikiran penjajah ditambah lagi dengan sikap sombong untuk mendalami ilmu agama.
Hukum hakam Islam bukanlah soal perasaan,emosi,atau apa yang kita rasa kerana ia telah disyariatkan Allah.Jadi,apabila kita mengucap kalimah syahadah,maka kita sudah ditaklif dengan hukum hakam Islam ini. Jika kita mempertikai hukum Islam, bermakna kita pertikaikan tindakan Allah menurunkan hukum hakam tersebut.Tunggulah sahaja azab Allah yang amat pedih diberikan kepada mereka masih meragui hukum Allah.~sYuIsM'92







